top of page
Picture4.png

SEJARAH 

Sejarah PALAPES bermula apabila penubuhan Batalion Infantri Askar Wataniah di Universiti Malaya pada 1 April 1965. Objektif penubuhannya adalah untuk mempertahankan negara daripada sebarang ancaman terutamanya dari negara jiran. Kemudian, Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) atau dikenali sebagai Reserve Officer Training Unit (ROTU) telah ditubuhkan pada tahun 1980 melalui kerjasama dan persefahaman di antara Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Penubuhan pasukan PALAPES akan memberi peluang kepada siswazah meceburkan diri dalam bidang ketenteraan selepas tamat pengajian dan boleh diserap sebagai Pegawai Sukarela atau Pegawai Tetap dalam Tentera Darat (TD). 

​

Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) telah ditubuhkan secara rasmi pada 10 Mei 1983 dan diiktiraf sebagai IPTA ketujuh. Permohonan Penubuhan PALAPES UIAM telah bermula tahun 2004 sehingga 2011. Namun disebabkan kekangan kewangan dan perjawatan, TD telah bersetuju supaya pengambilan Kadet dilaksanakan dan ditumpangkan menggunakan perjawatan PALAPES Universiti Malaya (UM) bermula sesi 2011/2012. Permohonan penubuhan PALAPES diteruskan semula pada tahun 2017 dan kelulusan Waran Perjawatan PALAPES telah diterima daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

 

Pada 2 Januari 2019, PALAPES Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ditubuhkan secara rasmi dengan kekuatan perjawatan 3 Pegawai dan 21 anggota Lain-lain Pangkat. Sehingga kini seramai 3 Pegawai dan 14 anggota Lain-lain Pangkat telah berkhidmat di Markas PALAPES UIAM yang bertempat di Bangunan Pentadbiran Badan Beruniform Blok A7, UIAM. 

​

Sehingga kini, PALAPES telah ditubuhkan secara rasmi di 17 UA seperti berikut:

​

a. Universiti Malaya (UM).

b. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

c. Universiti Putra Malaysia (UPM).

d. Universiti Sains Malaysia (USM).

e. Universiti Utara Malaysia (UUM).

f. Universiti Teknologi MARA (UiTM).

g. Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

h. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

i. Universiti Malaysia Sabah (UMS).

j. Univerisiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

k. Univerisiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

l. Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).

m. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

n. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

o. Universiti Malaysia Pahang (UMP).

p. Universiti Islan Antarabangsa Malaysia (UIAM).

q. Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

​

​

bottom of page